Saturday, November 2, 2013

Punca

Aku dah agak, aku dah agak. Aku tak boleh la on fb. grr!! Benci betul berperang dengan perasaan sendiri. Benci la benciii.

Okaybai



Hari ini

Hari ini 2 november. Hari jadi kamu. Aku berharap hari ini ulangtahun yang bermakna untuk kamu. Semoga 2 November ini bawa sesuatu yang indah juga bagi kamu. Semoga impian kamu tercapai, impian yang mungkin ada aku mungkin juga tiada aku.

Selamat Hari lahir Sahabat. Sahabat yang pernah membahagiakan aku dan yang pernah juga terbitkan rasa kecewa pada aku. Tidak mengapa sahabat. Kerana engkau akan terus menjadi sahabat yang pernah terindah dalam hidup aku.

Selamat 2 November.


Friday, November 1, 2013

Reason

Assalamualaikum w.b.t. Salam hormat salam satu Malaysia. Puiii!! hahaha. entah bila la si echa ni nak jadik sopan santun lagi lemah lembut gemalai. Kasar macam kertas pasir memanjang oii oii. Tapi orang cakap kalau dah ade niat tu dah oke sgt dah. InsyaAllah. Doa doakan la ye =)

FYI, its already more than 48 hours that i have deactivated my Fb n Twitter account. Hebat tak? Teruja tak? Saya juga teruja dengan diri sendiri. And u know, saya rasa okay je kalau takda fb n twitter ni. Malah rase lebih tenang. Smoga ketenangan ni boleh bertahan. Hope so. InsyaAllah.

Dalam dunia ni, banyak perkara yang berlaku ada reason dia sendiri. Amik la contoh terdekat, mcm sekarang ni aku sedang tutup acc fb n twitter. Engko orang ingat haku suka suka je ke. There got a reason why i did that. Dan biarlah aku n Allah je yang tahu, Aku lebih selesa menyimpan rahsia bersama Allah.

Btw, aritu aku baru excident wehh. Kat highway masa otw balik rumah. Hujan lebat sgt. Tapi tlah, orang cakap memang nak kene. I believe in faith. Aku yakin, tu Allah nak bg aku peringatan. See, kan berReason jugak kan.

Dalam hidup ni, kita tayah nak terasa sangat stress stress. Yakin je apa yang terjadi tu ada reason dia dan ade hikmah apa yang berlaku. Percaya je dunia ni pinjam. Kebahagiaan yang kau rasa pun tak lama, bila bila je Allah boleh amik. Yang penting sekarang ni kite kene la saha dan doa supaya kita boleh terima setiap ujian yg Allah bg kat kita tu kita bole hadapi dengan tenang.

Ada sorang kawan aku ni bgtau, kadang kadang kalau kita ada masalah tak smestinya kita kene terus solve kan masalah tu. Tak salah kita lari sekejap dari masalah, cuma jangan biarkan masalah tu jadik lebih besar. Do the things right. Not do the right thing. Sebab kadang kadang, ada benda yang betul tu kita buat tapi jadik tak betul sebab salah buat. So buat benda jadi betul.

Well, live your life. Go and get your life. Have a reason for what u live for. Keep smiling. Senyum ubat utk segala penyakit. Mungkin. Hihi.

Selamat malam =)


Wednesday, October 30, 2013

Stalk! stalk!

Muehehehe, as i told u before. Iam a good stalker okay. Arachi?? hekhek. Ini sy suka, sy suka amat. Aku dah lebih duapuluhempat jam dah ni deactivated FB n Twitter. Phiweett!!~ * tepuk tangan untuk diri sendiri haha.

Aku selesa, aku okay. Takpe, even patutnya hari hari sy lihat senyum awk. Lihat pergerakan awak. Lihat dengan siapa awak kawan tapi sekarang semua tu takdo dah. Its okay, its okay its okay. Saya kene biasakan semua tu. =)

Saya bagi awak ruang, saya bagi kita peluang. Jgn risau, sy masih doakan yg terbaik utk awak. Dulu kini dan sampai bila bila. Ego saya, ego awak. Bukan kita lihat siapa labih tinggi, tapi untuk kita tahu siapa tahu untuk mengalah. Sebab, sy dah penat mengalah, saya dah penat kalah dengan perasaan sendiri. Tapi yang saya dapat kosong.

hokehhh, hokehh. Cukup lah apa yg saya nak sampaikan. Sebab awak tetap tak paham. Awak tetap begitu. Peluang ini, saya cuba guna. Peluang ini saya cuba usaha. Usaha betulkan apa yang sy rasa, betulkan apa yang saya cuba.

Jangan risau, sy tak stalk awak lagi dah. Awak tak perlu rasa bimbang, tak perlu rasa rimas. Sy cuma menjenguk keadaan awak sekali sekala je. Walau saya tahu awak takkan kisah pasal saya. *lempang muka kau kuat kuat.

Gudluck untuk hidup awak, gudluck dengan kebahagiaan awak. Jangan risau, sy juga ada life sy sendiri walau satu hari nanti bukan dengan awak. Eh sy sebenarnya mana biasa guna saya awak saya awak ni.

Semoga engko cool seperti selalu, Bulan oktober ini tetap aku ingat. Sampai nanti engko bukan lagi Eswaiji yang aku pernah kenal dulu. =)

Gudluck paper KH hari ni echa. ;)

Masa

Dalam hidup kita tak semestinya kita nak sentiasa orang keliling ada. Tak semestinya kita perlu orang yang kita sayang sentiasa ada disekeliling kita. Macam aku, aku lebih selesa sekarang. Lebih selesa tanpa ada engkau yg aku tunggu.

Beri masa. Aku beri masa untuk kita. Untuk aku juga. untuk kita fikir perlu atau tidak ada kamu.

Walaupun secara jujur, aku perlu kamu. Tapi ini ruang, dan ini peluang.Untuk kau dengan diri engkau dan aku dengan diri aku.

Gudluck exam echa, u can do it! mengharap bulan jatuh ke riba mungkin susah, paling tidak aku mengarap bulan yg penuh ada waktu aku perlu.





Tuesday, October 29, 2013

EXam

Exam is coming soon. Lagi dua hari paper kh lepas tu paper bm major lepas last week habes exam. Yeeeyyy!! lepas tu pegi beijing jenjalann yeay yeayy!!.

First time ni jalan pegi oversea. Eceehh :P bajet macam belajar sana pulak yek. hikhik excited oii. Duit tarak tapi nak jejalan jauh jauh. wehuu~

Stress stress go awayy come again another day. =)


Tuesday, June 25, 2013

Lagi

Lagi lagi kamu, lagi lagi aku. lagi lagi rasa. aku mula bosan aku mula rimas. Aku sendiri tidak tahu mana penghujung. Mungkin penghujung dengan cara begini, mungkin penghujung dengan cara yang ada sekarang.

Yang aku harap, nanti suatu hari nanti bila aku diberi kebahagiaan yang baru, engkau tidak ada lagi disini. Engkau tidak menyebut lagi janji lama. Engkau tidak menyatakan  aku sebenarnya yang pergi. Sedang kan sekarang hati ini yang engkau robek, sedangkan sekarang tiada lagi kebahagiaan yang aku rasa.

Aku jatuh engkau tiada, aku luka engkau ketawa. Aku mula rasa hilang, dan aku ingin sekali pergi, pergi dari kamu yang sedang menjauh. menjauh dan berhenti. Berhenti untuk mencuba, mencuba bertahan. Bertahan untuk terus bersamaku.

Dari dulu lagi aku sudah bertanya pada diri sendiri. Entah mengapa hati aku kuat berkata, ya aku sayang kamu aku perlukan kamu, tetapi di sudut hati itu juga menjerit yang kamu bukan milikku. Cuma aku tidak tahu cara bagaimana untuk kamu pergi, kamu berhenti. Ya aku tahu, aku juga sudah penat. Penat untuk berada dan berdiri di belakang kamu. Penat untuk berpura untuk terus senyum. Senyum dengan hati yang terluka. Ya ini Deep. Dan memang untuk kamu.

Selamat malam Eswaiji. ini yang terakhir. Walau aku rindu.


Sunday, June 23, 2013

Perhaps

seem legitt!! wahahaa. ada gaya macam rappers tak. okay mengarut. Assalamualaikum semua.

Adakala kita rasa susah untuk tersenyum untuk sesuatu perkara yang betul betul kelakar.
Adakala jugak kita rasa mudah untuk tertawa untuk sesuatu yang tidak tahu apa sebabnya.
Itu soal rasa, rasa hati kita.
Rasa yang DIA beri pada kita.
Keizinan dari DIA.

Untuk rasa ini pada kamu, ia sentiasa ada.
Sejak pertemuan yang itu.
Dimana ada kamu aku dan rasa ini

Ya, kamu yang aneh dan rasa ini yang pelik.
Tapi aku suka rasa ini, rasa indah bila ada kamu.

Selamat malam si pemberi rasa, semoga sentiasa ada cerita kamu dan aku.


Saturday, June 22, 2013

One thing

Satu perkara yang kita takkan sedar dan kita taktau. Kita selalu mengharap pada sesuatu yang mustahil. Padahal sesuatu yang lebih membahagiakan ada di depan mata. Sifat manusia tak pernah berpuas hati dan tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada.


Sama seperti aku, aku mengharapkan bila aku sedih aku perlukan seseorang dia yang datang. Tapi apa yang aku buat, aku tolak kebahagiaan yang Allah bagi pada aku. Ye, sesuatu yang tiada siapa yang faham kecuali Si Pencipta Hati.

Semoga aku terus kuat, seperti sebelum ini. Aishah yang kuat dan tak mengalah. Hati kuatlah, Hati kental lah. Hati sabarlah, kerana kebahagiaan tu datang selepas hujan yang lebat.

Sapu airmata kamu. Buang segala duka. Datang lah segala bahagia. Jadi Aishah yang dulu. Semoga pergi rasa aku terhadap kamu, kamu yang tidak pernah ada waktu aku perlukan kamu. Datang lah kekuatan itu. Terus lah mengiringi jalan aku

Mr haze!!

Ya Allah, ujian darMU. Jerebu kat Muar makin teruk. Adek aku post gambar tunjuk jerebu. diorang cakap nak duduk dalam rumah pun tak selesa apatah lagi duduk luar rumah.

Call mama cakap sakit tekak. *utuke! doa je aku mampu. Doa je aku mampu =(. Nenek aku pun dah tak duduk luar rumah. Duduk dalam rumah ja, ouh Ujian Mu ya Allah.

Ya Rabbi, turunkanlah rahmatMU. Turunkanlah hujan. Redakan lah jerebu. Berikanlah kesihatan yang baik kepada keluargaku Ya Rabbi.  =(


                                               sungai muar pun tak nampakkk oiii



Sunday, April 28, 2013

Kosong

Its not easy okay. Bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Even kipas haku malam ni pun tak mampu puaskan aku malam ni. Siot! berani dia buat hal dikala hati aku berbunga sebab tayah buat RPH untuk praktikum.

Seriously, aku dah mula rindu Airil Irfan. si Raja lawak. ouh gosh! Si penenang dikala ribut. muahaha XD.

Okay, semoga dia menjadi murid yang cemerlang, yang sentiasa comel.

Selamat malam si Pemberi semangat, semoga esok masih ada tawa antara kita. =)



Tuesday, April 23, 2013

Itu dia

Kadang kadang dalam hidup ni kita tak mungkin dapat apa yang kita nak, apa yang kita idamkan. Ini dunia, ini bukan syurga. Allah sebaik baik perancang. Usaha macam mana pun kita, sekeras mana pun kalau hanya seciput tu je Dia nak bagi apa salahnya kita belajar jadik orang yang bersyukur.

Luar kita mungkin nampak okay, nampak tenang tanpa resah gelisah. Hati kita Allah tau betapa ribut petir betapa kusut masai. Orang lain taktau, orang lain tak faham. Cukup la Allah tahu dan sesungguhnya Dia maha mengetahui.

Lemah itu bukan aku, mengalah juga tidak sama sekali. Bertahan selalu aku cuba. Belajar untuk bertenang apatah lagi. Tapi ujian Allah bagi tu selalu menguji semua yang aku ada. Untuk kuat aku cuba, untuk mengalah aku tetap ada. Yang aku mintak cuma satu, Allah sentiasa bagi aku kekuatan untuk teruskan hidup dengan senyuman. Dengan hati yang terbuka dengan jiwa yang lembut.

Sebab aku Siti Aishah. Aku cuba menjadi setabah Saidatina Aishah, isteri Rasulullah. Saat di fitnah, masih lagi teguh berdiri walau tanpa Muhamad disisi. Kerana baginda yakin bahawa Allah sentiasa ada.

=)



Sunday, April 21, 2013

Bukan aku

Bukan aku orang untuk kau persendakan. Untuk kau mainkan. Untuk kau jadikan hiburan. Aku punya hati, aku punya perasaan.
Bukan aku untuk diperolokkan, untuk kau persiakan. Sudah aku pesan, peluang hanya sekali.
Bukan aku untuk kau canang segala kebaikan kau, sedangkan keburukan kau depan mata aku telan. Entah dimana hati dan perasaan kau.
Bukan aku untuk kau jadikan persinggahan, untuk kau letakkan beban. Sebab aku mampu cuma kau yang akan meratap untuk terkilan.

Harapan aku beri, dorongan aku bagi. Tak cukup aku tambah, kurang aku letak. Tapi sifat bersyukur kau masih tipis nipis dan mudah rabak bila kau rasa dunia ini kau yang pegang.

Cukup dengan apa yang aku rasa sebelum ini. Cukup dengan parut yang tinggal sisa ini. Tak perlu luka yang bernanah. Bukan cerita cinta yang aku kaitkan. Bukan cerita kasih antara dua jiwa. Tapi kisah aku dengan kau yang tak pernah ada penghujungnya. Mungkin sebab kita tak pernah ada awalnya. Yang tidak tahu akan akar yang menjadi kan kita tegak dah tahu arah tujunya.

Kisah kita berbeza, jiwa kita TAKKAN pernah sama. Kamu masih lagi menjadi kamu yang ego, yang masih anggap aku mudah. Pergilah engkau kepada yang memerlukan engkau. Biarkan aku disini terus disini. Ya ditokok yang lama dimana masih tidak percaya pada insan seperti kamu.

Semoga aku terus kuat seperti dulu. Seperti aku tanpa kamu, DULU. Seperti aku yang tahu cara aku. Pergila engkau dengan dunia engkau. Itu terbaik.


Harapan aku agar semua impianmu tercapai satu hari nanti. Sama ada, ada aku atau dengan tiada aku.



Sunday, April 14, 2013

Bertahan

Dua minggu lagi untuk tamat praktikum. hoyeh! hoyeh! Tapi sejujurnya aku bukan la happy macam tu pun. Sejujurnya jugak aku lebih suka praktikum dari kelass oiii. Muaahahhaa~

Dua minggu sebelum banyak ajar tentang hidup. Tentang sabar, tentang sayang dan tentang tenang. Belajar dan terus belajar. Mahu aku agar satu hari nanti bila aku jadik cikgu, aku jadik cikgu yang boleh dibanggakan anak murid aku. Bukan seorang guru yang diingati murid sebab khilaf aku sebagai seorang guru.

Aku cuba anak murid, aku cuba. Cuba untuk kamu semua. 3 cerdik yang baik, semoga kamu menjadi insan yang berguna. Insan yang tidak pernah kenal erti penat, erti lelah erti untuk mengalah.

Semoga dua minggu akan datang aku terus bertahan, terus sabar, terus tenang dan terus sayang. Semoga semua dipermudahkan. Yakinlah bila kita ikhlas, semua menjadi mudah. In Sya Allah =)





Wednesday, April 10, 2013

Pincang

Pernah tak kau rasa, bila kau perlukan seseorang tu tapi dia tak pernah ada. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa, bila kau rasa sedih dan kau perlukan bahu untuk meluah tapi takda siapa yang ada. Aku pernah.
Pernah tak kau gembira, tapi taktau nak kongsi dengan siapa. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa kau mula suka seseorang tapi dia tak pernah rasa apa yang kau rasa. Aku pernah.

Perasaan, rasa, hati bukan perkara mudah. Bukan boleh di permainkan. Jangan cuba juga untuk dijudikan. Sebaik mana kau si pemain judi pasti kau tetap akan rasa kekalahan. Yang kuat mungkin akan cuba bertahan, yang lemah iman mungkin akan terus hanyut dalam kekecewaan.

Sudah-sudahlah rasa kecewa kerana cinta. Cinta pada Rabb kita jarang untuk rebut. Cinta manusia yang jarang untuk menghargai diri sendiri juga yang kau sujud. Semoga kali ini, waktu ini saat ini perasaan ini rasa ini dan hati ini jatuh pada insan yang terakhir. Yang tahu menghargai, yang boleh membimbing dunia dan akhirat. Peneman sehidup semati, suka dan duka. Si penjaga hati.

Semoga kita ditemukan dengan keaadaan yang baik, dan semoga kita juga diakhirkan dengan akhiran yang baik. Aku mampu berdoa, itu sahaja usaha yang ada.

kepada kamu si Penjaga hati, jaga iman kamu jaga diri kamu. Semoga kita tidak pincang, semoga ia bukan meninggalkan sisa.






Wednesday, April 3, 2013

Cerita baru

Dah lama dah tak menjenguk blog ni. Khabar apa pun aku taktau. Tapi bila waktu rajin datang mula la nak tengok balik gila apa yang datang waktu rajin update blog ni dulu, hahaha.


Echa, echaa. keanak-anakkan. hahaha ayat macam aku dah besar sangat je kan. FYI, terlalu banyak entry yang aku dah delete untuk jadikan blog ini terlalu public untuk semua. biar sesuai dengan semua pembaca. Biar takda yang terasa, biar takda yang terluka.

Mulakan sesuatu yang baru. Dimana tiada rahsia antara kita. =)

loveasalways