Wednesday, April 10, 2013

Pincang

Pernah tak kau rasa, bila kau perlukan seseorang tu tapi dia tak pernah ada. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa, bila kau rasa sedih dan kau perlukan bahu untuk meluah tapi takda siapa yang ada. Aku pernah.
Pernah tak kau gembira, tapi taktau nak kongsi dengan siapa. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa kau mula suka seseorang tapi dia tak pernah rasa apa yang kau rasa. Aku pernah.

Perasaan, rasa, hati bukan perkara mudah. Bukan boleh di permainkan. Jangan cuba juga untuk dijudikan. Sebaik mana kau si pemain judi pasti kau tetap akan rasa kekalahan. Yang kuat mungkin akan cuba bertahan, yang lemah iman mungkin akan terus hanyut dalam kekecewaan.

Sudah-sudahlah rasa kecewa kerana cinta. Cinta pada Rabb kita jarang untuk rebut. Cinta manusia yang jarang untuk menghargai diri sendiri juga yang kau sujud. Semoga kali ini, waktu ini saat ini perasaan ini rasa ini dan hati ini jatuh pada insan yang terakhir. Yang tahu menghargai, yang boleh membimbing dunia dan akhirat. Peneman sehidup semati, suka dan duka. Si penjaga hati.

Semoga kita ditemukan dengan keaadaan yang baik, dan semoga kita juga diakhirkan dengan akhiran yang baik. Aku mampu berdoa, itu sahaja usaha yang ada.

kepada kamu si Penjaga hati, jaga iman kamu jaga diri kamu. Semoga kita tidak pincang, semoga ia bukan meninggalkan sisa.






No comments: