Friday, February 7, 2014

IDK

Aku taktau. Aku taktau samada aku marah atau tak kat dia. Aku taktau nak cakap macam mana. Aku tak marah kalau aku dengan dia tak bole teruskan apa yang kita mampu. Tapi aku marah bile ada yang tak jeles antara engkau dgn aku. Apa masalah sekarang ni.

Apa entah salah aku. Kat mana entah silap aku. Aku rase aku dah cukup mengalah. Aku rasa aku da cukup bg peluang. Tp betul la. Selama ni mmg aku je yang mengharap. Haha echa echa. Entah apa yang engkau belajar dari silap engkau yg dlu.

Terlalu mencari. Terlalu mengharap. Sampai ada yang patut engkau buat da ada yang patut engkau pegi. Sudahlah berbicara tentang dia. Dia yang tak pernah hargai engkau walau beribu kesetian engkau beri.

Sudahlah hati. Berhenti berharap. Ini doa aku pada Tuhan aku. Hilangkan perasaan sayang ini pada yang bukan haknya.

Hati tolong berhenti. Abaikan semua.

Sometimes.

Sometimes aku taktau ape yg aku tengah buat. Aku cuba bawa bertenang. Aku cuba kawal perasaan. Tapi tolong bgtau aku apa yang aku dapat.

Kadang kadang hidup ni bukan mudah. Terima kenyataan yang engkau rasa tak mampu nal hadap. Memandang ke langit. Air mata jatuh ke bumi. Pasrah dan redha taktau mana satu pilihan.

Aku bukan mengalah. Cuma aku rasa sudah mula untuk bersendiri. Tuhan, bukan kah aku jugak berhak bahagia? Tuhan jalan ini jalan apa? Kenapa masih tiada aku jumpa penghujungnya. Tuhan aku mohon. Beri aku kekuatan.

Ujian dan dugaan betul betul buat aku kenal erti hidup. Perlahan lahan aku cuba bertahan. Walau bukan mudah. Ya, bukan mudah bertahan dengan ujian tuhan. Salah aku yang letak iman hanya pada hujung jalan. Mencari takdir.

Sekarang aku terasa yang aku bukan lagi aku. Langit yang dulu biru kini mula jadi kelabu. Kalau dulu kamu yg datang bawa sinar kini hanya petir yg mampu menerangi malam.

Aku cuba bertindak tenang. Aku cuba mengawal perasaan. Bukan mudah semoga juga bukan susah. Sudah berkali jatuhnya aku tiada bangunnya. Penatnya aku tanpa ada rasa keliru.

Sudahlah hati. Tuhan lebih tahu. Dia sebaik baik perancang. Tuhan. Aku mahukan kamu. Aku perlukan kamu untuk saat ini. Tolong beri aku senyuman. Aku mohon Tuhan

Thursday, February 6, 2014

Jujur

Segala yang jujur telah aku luah. Segala yg terpendam juga aku katakan. Tiada apa yang aku simpan. Tiada apa yang aku pendam.

Jujur engkau mahu, terlalu kejujurab aku hulurkan. Semoga itu memadai. Untuk engkau juga masa depan engkau. Jika bukan dengan aku engkau rancang, guna apa untuk aku menunggu. Tidakkah engkau tahu menunggu itu satu penyiksaan.

Sudah cukuplah aku tersiksa. Menanti janji kekasih lama. Yang mampu engkau lihat dalamnya penuh dusta nista.

Sudahlah engkau dan aku bermain kata. Sudahlah kita mrncipta impian membabi buta. Untuk engkau tahu yang sakit akhirnya nanti aku. Ya aku yg berjiwa tisu.

Semoga nanti lain kali kita bertemu. Hanya pada ikatan yg lebih jitu. Jika itu yg tertulis. Jika tidak engkau tahu dan aku tahu apa jalan yang perlu kita lalu.

Salam.

Sunday, February 2, 2014

Akhirnya

Finally. We talk. We discuss.
Dicision have made. Banyak benda yg kteorang bincang. Pasal perasaan masing masing.
Seriously, letak harapan mmg takdala. Walaupun jujur aku ckp bohongla kalau aku tak letak harapan.
Entahla. Kadang kadang betul kadang kadang mcm risau.
Ye aku tau soal jodoh ni kita siapa nk tentukan. Entahlahh. Entahlahh
Aku taktau nk ckp ape. Aku tau kalau aku cerita benda ni kat otai dgn alyn diorang mesti marah.
Hahhahahahaa.
Entahlahh.
Kadang kadang macan nak biarkan.
Bole tak kalau aku serah dan doa je.
Ye aku tau aku kene usaha.
Usaha aku, aku berdoa la.
Berdoa dan terus berdoa biar dia jdik yg terbaik utk aku and anak anak aku.
Biar orangnya dia.
Ya Allah sesungguhnya engkau lebih tahu.
Aku tau DIA taknak aku sakit lagi. Mengharap benda tak pasti. Ajar aku utk sabar.
Ye redha. Aku faham konsep tu. Aku faham.
Tapi mungkin take time la kot utk aku betul betul terima yg dia bukan utk aku.
Mungkin aku kene byk doa utk jodoh ni
Hahaha kadang kadang rasa kelakar jela.
Haha entahlah. Betul orang ckp soal jodoh ni mmg tak bole kita jangka.
Doakan jela yg terbaik. Ya yang terbaik.
Semoga ya Allah semoga.
Semoga apa yg aku rancang dalam hidup aku engkau perkenankan Ya Allah. Aminn