Saturday, February 1, 2014

Masa

Kau kata kau mahukan masa.
Lebih dari masa aku beri.
Kau kata kau mahukan ruang
Seluas lautan ruang aku beri.
Kau kata kau mahukan kebebasan
Burung yang terbang juga cemburu dengan kebebasanmu

Apa lagi yang engkau mahu wahai insan
Apa lagi yang engkau inginkan dari aku
Bila aku pergi engkau datang
Mohon kasih yg telah lama engkau buang

Bila aku bagi engkau pilihan
Pilihan untuk engkau tentukan kehidupan
Engkau terdiam tanpa jawapan.

Kini engkau gantung percaturan hidup ini.
Tidakkah engkau tahu bahawa aku berhati walang
Gantung sahaja kekasih
Gantung sahaja hubungan ini
Biarkan usang kasih yg telah engkau buang.

Hey you

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Marilyn Monroe

Cokokolat

Tiba tiba saja teringat kemanisan yg engkau pernah beri.

Coklat gelap. Dalam kemanisan coklat itu ada kepahitan yg diberi.

Begitu juga hidup. Dalam kemanisan hidup kite tetap akan merasai kepahitan hidup.

Thanks.

Friday, January 31, 2014

Merasai

Aku rindu dinginnya angin beijing. Aku rindu damainya kesibukan kita beijing.

Aku rindu segalanya tentang beijing.
Dan yang paling pasti aku rindu saat rindu pada kamu selama aku di beijing. HAHA!!

Cerita lagi

Doakan yg terbaik. Selalu aku doakan yg terbaik utk kamu dan aku. Kalau memang jodoh itu tertulis antara kamu dan aku aku terima. Tapi jika jodoh itu tak tertulis utk kamu dan aku, ye aku sedih. Tapi aku tahu DIA lebih tahu mana yg terbaik utk kita.

Ketentuan itu dari DIA.

Thursday, January 30, 2014

Tetap

Semoga tuhan tetapkan hati aku. Semoga tidak dibolak balikan hati ini.

Itu saja aku minta pada kamu Ya Tuhan.

Aku kamu dia

Dia tidak pernah jemu dengan kamu. Dia tidak pernah menyakiti kamu. Dia tidak pandai mengasari kamu. Dia sentiasa terbaik di hati kamu.

Aku mudah jemu dengan kamu. Aku mudah baran dengan kamu. Aku tidak sentiasa mudah untuk kamu. Aku selalu gagal menjadi yg terbaik di mata kamu.

Kamu yang sentiasa ada di hati aku. Kamu yg tidak pernah gagal hiburkab aku. Kamu yg selalu membuat aku tersenyum. Kamu yg selalu aku impikan menjadi iman dalan hidupku.

Laluan kita berbeza. Matlamat kita tiada yg sama. Tapi aku tahu hati kita punya rasa yg sama. Tetapi dia selalu membuat aku curiga.

Itu khilaf aku. Maafkan aku kamu.
Aku belum yakin dan kuat utk lihat kamu pada dia.

Yeay!

Yeay yeayy!! Da bole post mcm mcm kat blog da lepas ni. Yeay yeay! Dahlah echa yg baik. Sudah sudah la meroyan mcm org tak betul kt fb n twiterrrr. Belog engko kan hado.

Yayy! 5bintang utk diri sndrik

Muah muah utk semua!

Beijing with love

Berangan konon konon mintak salji turun. Lahaii echaa

rindu

Rindu. Rindu amat. Pada kamu. Si pujaan hati. Si penghibur hati.