Monday, February 24, 2014

Masa kita

Sesunguhnya. Aku sedang beri masa. Pada kita. Pada takdir kita.
Usaha aku dah habis. Aku tak mampu lakukan apa apa.
Sebab aku bukan sesiapa.

Saturday, February 15, 2014

Cepat atau lambat

Cepat atau lambat.
Itu je sebenarnya apa yang kita kene fikir.
Jangan risau. Aku sudah berhenti.
Ya. Aku berhenti.
Fikir pada yang lebih positif
Terus ke depan.

Yang penting. Redha. InsyaAllah :')

Wednesday, February 12, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Nasib baik ada Allah. Nasib baik aku awal tersedar. Nasib baik aku tak pergi lagi jauh.

Aku terima ini sebagai ujian. Aku terima apa yg berlaku. Aku terima dengan tangan yang terbuka dan berlapang dada.

Sumpah tiada dendam. Sumpah tiada benci. Sumpah tiada lagi harapan. Dan ya, hiduplah engkau dengan aman tanpa aku. Kalau itu boleh membahagiakan kamu. Itu lebih cukup bg aku.

Cuma satu hari nanti aku minta. Jika takdir masih menemukan kita aku harap ketelusan engkau lebih dari segala. Kejujuran engkau lebih dari yg aku jangka. Itu aku mohon dari engkau.

Ya Tuhan. Tiada apa yg aku mahu dari engkau kecuali ketenangan dan keredhaanMu.

Tuesday, February 11, 2014

Spechless

Sampai mcm tu sekali kau buang aku. Sampai macam tu sekali.

Teruk sgt aku rasa ni. Teruk sgt.

Alhamdulillah. Allah lebih tau

Sama

Rasa ini sama. Tapi tak serupa. Rasa kasih rasa sayang pada orang itu.
Rasa ini sama tapi ada bezanya. Rasa kekal entah sampai bila

Aku taktau nak cakap apa. Aku tak reti nak ungkap macam mana. Terlalu byk kata kata indah yang aku simpan.
Sampai saat ni aku taktau bagaimana cara.

Mungkin tiba masa aku yang perlu pegi.
Mungkin tiba masa aku mula melangkah kaki.
Masalahnya bagi aku cara. Aku mohon bagi aku cara.

Kalau cara itu dapat engkau akan sama seperti dia. Rasa yang tiada rasa.
Rasa yg hilang dan datang bila bila masa.
Selamat malam si penjaga hati

Sunday, February 9, 2014

Mohon

Ya Allah aku mohon. Terus bagi aku kekuatan. Dekatkan hati aku pada engkau ya Allah.

Ajar aku erti redha ya Allah. Sesungguhnya engkau lebih mengerti hati ini.

Aminnn

Friday, February 7, 2014

IDK

Aku taktau. Aku taktau samada aku marah atau tak kat dia. Aku taktau nak cakap macam mana. Aku tak marah kalau aku dengan dia tak bole teruskan apa yang kita mampu. Tapi aku marah bile ada yang tak jeles antara engkau dgn aku. Apa masalah sekarang ni.

Apa entah salah aku. Kat mana entah silap aku. Aku rase aku dah cukup mengalah. Aku rasa aku da cukup bg peluang. Tp betul la. Selama ni mmg aku je yang mengharap. Haha echa echa. Entah apa yang engkau belajar dari silap engkau yg dlu.

Terlalu mencari. Terlalu mengharap. Sampai ada yang patut engkau buat da ada yang patut engkau pegi. Sudahlah berbicara tentang dia. Dia yang tak pernah hargai engkau walau beribu kesetian engkau beri.

Sudahlah hati. Berhenti berharap. Ini doa aku pada Tuhan aku. Hilangkan perasaan sayang ini pada yang bukan haknya.

Hati tolong berhenti. Abaikan semua.

Sometimes.

Sometimes aku taktau ape yg aku tengah buat. Aku cuba bawa bertenang. Aku cuba kawal perasaan. Tapi tolong bgtau aku apa yang aku dapat.

Kadang kadang hidup ni bukan mudah. Terima kenyataan yang engkau rasa tak mampu nal hadap. Memandang ke langit. Air mata jatuh ke bumi. Pasrah dan redha taktau mana satu pilihan.

Aku bukan mengalah. Cuma aku rasa sudah mula untuk bersendiri. Tuhan, bukan kah aku jugak berhak bahagia? Tuhan jalan ini jalan apa? Kenapa masih tiada aku jumpa penghujungnya. Tuhan aku mohon. Beri aku kekuatan.

Ujian dan dugaan betul betul buat aku kenal erti hidup. Perlahan lahan aku cuba bertahan. Walau bukan mudah. Ya, bukan mudah bertahan dengan ujian tuhan. Salah aku yang letak iman hanya pada hujung jalan. Mencari takdir.

Sekarang aku terasa yang aku bukan lagi aku. Langit yang dulu biru kini mula jadi kelabu. Kalau dulu kamu yg datang bawa sinar kini hanya petir yg mampu menerangi malam.

Aku cuba bertindak tenang. Aku cuba mengawal perasaan. Bukan mudah semoga juga bukan susah. Sudah berkali jatuhnya aku tiada bangunnya. Penatnya aku tanpa ada rasa keliru.

Sudahlah hati. Tuhan lebih tahu. Dia sebaik baik perancang. Tuhan. Aku mahukan kamu. Aku perlukan kamu untuk saat ini. Tolong beri aku senyuman. Aku mohon Tuhan

Thursday, February 6, 2014

Jujur

Segala yang jujur telah aku luah. Segala yg terpendam juga aku katakan. Tiada apa yang aku simpan. Tiada apa yang aku pendam.

Jujur engkau mahu, terlalu kejujurab aku hulurkan. Semoga itu memadai. Untuk engkau juga masa depan engkau. Jika bukan dengan aku engkau rancang, guna apa untuk aku menunggu. Tidakkah engkau tahu menunggu itu satu penyiksaan.

Sudah cukuplah aku tersiksa. Menanti janji kekasih lama. Yang mampu engkau lihat dalamnya penuh dusta nista.

Sudahlah engkau dan aku bermain kata. Sudahlah kita mrncipta impian membabi buta. Untuk engkau tahu yang sakit akhirnya nanti aku. Ya aku yg berjiwa tisu.

Semoga nanti lain kali kita bertemu. Hanya pada ikatan yg lebih jitu. Jika itu yg tertulis. Jika tidak engkau tahu dan aku tahu apa jalan yang perlu kita lalu.

Salam.

Sunday, February 2, 2014

Akhirnya

Finally. We talk. We discuss.
Dicision have made. Banyak benda yg kteorang bincang. Pasal perasaan masing masing.
Seriously, letak harapan mmg takdala. Walaupun jujur aku ckp bohongla kalau aku tak letak harapan.
Entahla. Kadang kadang betul kadang kadang mcm risau.
Ye aku tau soal jodoh ni kita siapa nk tentukan. Entahlahh. Entahlahh
Aku taktau nk ckp ape. Aku tau kalau aku cerita benda ni kat otai dgn alyn diorang mesti marah.
Hahhahahahaa.
Entahlahh.
Kadang kadang macan nak biarkan.
Bole tak kalau aku serah dan doa je.
Ye aku tau aku kene usaha.
Usaha aku, aku berdoa la.
Berdoa dan terus berdoa biar dia jdik yg terbaik utk aku and anak anak aku.
Biar orangnya dia.
Ya Allah sesungguhnya engkau lebih tahu.
Aku tau DIA taknak aku sakit lagi. Mengharap benda tak pasti. Ajar aku utk sabar.
Ye redha. Aku faham konsep tu. Aku faham.
Tapi mungkin take time la kot utk aku betul betul terima yg dia bukan utk aku.
Mungkin aku kene byk doa utk jodoh ni
Hahaha kadang kadang rasa kelakar jela.
Haha entahlah. Betul orang ckp soal jodoh ni mmg tak bole kita jangka.
Doakan jela yg terbaik. Ya yang terbaik.
Semoga ya Allah semoga.
Semoga apa yg aku rancang dalam hidup aku engkau perkenankan Ya Allah. Aminn

Saturday, February 1, 2014

Masa

Kau kata kau mahukan masa.
Lebih dari masa aku beri.
Kau kata kau mahukan ruang
Seluas lautan ruang aku beri.
Kau kata kau mahukan kebebasan
Burung yang terbang juga cemburu dengan kebebasanmu

Apa lagi yang engkau mahu wahai insan
Apa lagi yang engkau inginkan dari aku
Bila aku pergi engkau datang
Mohon kasih yg telah lama engkau buang

Bila aku bagi engkau pilihan
Pilihan untuk engkau tentukan kehidupan
Engkau terdiam tanpa jawapan.

Kini engkau gantung percaturan hidup ini.
Tidakkah engkau tahu bahawa aku berhati walang
Gantung sahaja kekasih
Gantung sahaja hubungan ini
Biarkan usang kasih yg telah engkau buang.

Hey you

I'm selfish, impatient and a little insecure. I make mistakes, I am out of control and at times hard to handle. But if you can't handle me at my worst, then you sure as hell don't deserve me at my best.

Marilyn Monroe

Cokokolat

Tiba tiba saja teringat kemanisan yg engkau pernah beri.

Coklat gelap. Dalam kemanisan coklat itu ada kepahitan yg diberi.

Begitu juga hidup. Dalam kemanisan hidup kite tetap akan merasai kepahitan hidup.

Thanks.

Friday, January 31, 2014

Merasai

Aku rindu dinginnya angin beijing. Aku rindu damainya kesibukan kita beijing.

Aku rindu segalanya tentang beijing.
Dan yang paling pasti aku rindu saat rindu pada kamu selama aku di beijing. HAHA!!

Cerita lagi

Doakan yg terbaik. Selalu aku doakan yg terbaik utk kamu dan aku. Kalau memang jodoh itu tertulis antara kamu dan aku aku terima. Tapi jika jodoh itu tak tertulis utk kamu dan aku, ye aku sedih. Tapi aku tahu DIA lebih tahu mana yg terbaik utk kita.

Ketentuan itu dari DIA.

Thursday, January 30, 2014

Tetap

Semoga tuhan tetapkan hati aku. Semoga tidak dibolak balikan hati ini.

Itu saja aku minta pada kamu Ya Tuhan.

Aku kamu dia

Dia tidak pernah jemu dengan kamu. Dia tidak pernah menyakiti kamu. Dia tidak pandai mengasari kamu. Dia sentiasa terbaik di hati kamu.

Aku mudah jemu dengan kamu. Aku mudah baran dengan kamu. Aku tidak sentiasa mudah untuk kamu. Aku selalu gagal menjadi yg terbaik di mata kamu.

Kamu yang sentiasa ada di hati aku. Kamu yg tidak pernah gagal hiburkab aku. Kamu yg selalu membuat aku tersenyum. Kamu yg selalu aku impikan menjadi iman dalan hidupku.

Laluan kita berbeza. Matlamat kita tiada yg sama. Tapi aku tahu hati kita punya rasa yg sama. Tetapi dia selalu membuat aku curiga.

Itu khilaf aku. Maafkan aku kamu.
Aku belum yakin dan kuat utk lihat kamu pada dia.

Yeay!

Yeay yeayy!! Da bole post mcm mcm kat blog da lepas ni. Yeay yeay! Dahlah echa yg baik. Sudah sudah la meroyan mcm org tak betul kt fb n twiterrrr. Belog engko kan hado.

Yayy! 5bintang utk diri sndrik

Muah muah utk semua!

Beijing with love

Berangan konon konon mintak salji turun. Lahaii echaa

rindu

Rindu. Rindu amat. Pada kamu. Si pujaan hati. Si penghibur hati. 

Tuesday, January 21, 2014

Let me tell you something.

Dear you,
let me tell you something.
baru aku sedar yg aku menulis bila aku rasa aku nak menulis. hahaha
yup! bila aku rasa bosann. bila rasa sedihh. bila rasaa hmm. hmm!

and you. Dear Eswaiji.
let me tell you. sy masih disini.
sy masih yg dahulu.
yg kamu kenal dahulu.
tak pernah berubah walau sedikit walau sedetik
tapi yg aku nampak dan yang aku rasa hanya kamu yg berubah.

Entah. sama ada aku atau kamu yg berubah.
Jujur. Aku menyukai kamu hanya kerana sifat kamu yg dahulu.
Dan bila kamu berubah aku juga mula terasa.
Entah. entah. Selamat malam