Wednesday, February 12, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah. Nasib baik ada Allah. Nasib baik aku awal tersedar. Nasib baik aku tak pergi lagi jauh.

Aku terima ini sebagai ujian. Aku terima apa yg berlaku. Aku terima dengan tangan yang terbuka dan berlapang dada.

Sumpah tiada dendam. Sumpah tiada benci. Sumpah tiada lagi harapan. Dan ya, hiduplah engkau dengan aman tanpa aku. Kalau itu boleh membahagiakan kamu. Itu lebih cukup bg aku.

Cuma satu hari nanti aku minta. Jika takdir masih menemukan kita aku harap ketelusan engkau lebih dari segala. Kejujuran engkau lebih dari yg aku jangka. Itu aku mohon dari engkau.

Ya Tuhan. Tiada apa yg aku mahu dari engkau kecuali ketenangan dan keredhaanMu.

No comments: