Tuesday, April 23, 2013

Itu dia

Kadang kadang dalam hidup ni kita tak mungkin dapat apa yang kita nak, apa yang kita idamkan. Ini dunia, ini bukan syurga. Allah sebaik baik perancang. Usaha macam mana pun kita, sekeras mana pun kalau hanya seciput tu je Dia nak bagi apa salahnya kita belajar jadik orang yang bersyukur.

Luar kita mungkin nampak okay, nampak tenang tanpa resah gelisah. Hati kita Allah tau betapa ribut petir betapa kusut masai. Orang lain taktau, orang lain tak faham. Cukup la Allah tahu dan sesungguhnya Dia maha mengetahui.

Lemah itu bukan aku, mengalah juga tidak sama sekali. Bertahan selalu aku cuba. Belajar untuk bertenang apatah lagi. Tapi ujian Allah bagi tu selalu menguji semua yang aku ada. Untuk kuat aku cuba, untuk mengalah aku tetap ada. Yang aku mintak cuma satu, Allah sentiasa bagi aku kekuatan untuk teruskan hidup dengan senyuman. Dengan hati yang terbuka dengan jiwa yang lembut.

Sebab aku Siti Aishah. Aku cuba menjadi setabah Saidatina Aishah, isteri Rasulullah. Saat di fitnah, masih lagi teguh berdiri walau tanpa Muhamad disisi. Kerana baginda yakin bahawa Allah sentiasa ada.

=)



Sunday, April 21, 2013

Bukan aku

Bukan aku orang untuk kau persendakan. Untuk kau mainkan. Untuk kau jadikan hiburan. Aku punya hati, aku punya perasaan.
Bukan aku untuk diperolokkan, untuk kau persiakan. Sudah aku pesan, peluang hanya sekali.
Bukan aku untuk kau canang segala kebaikan kau, sedangkan keburukan kau depan mata aku telan. Entah dimana hati dan perasaan kau.
Bukan aku untuk kau jadikan persinggahan, untuk kau letakkan beban. Sebab aku mampu cuma kau yang akan meratap untuk terkilan.

Harapan aku beri, dorongan aku bagi. Tak cukup aku tambah, kurang aku letak. Tapi sifat bersyukur kau masih tipis nipis dan mudah rabak bila kau rasa dunia ini kau yang pegang.

Cukup dengan apa yang aku rasa sebelum ini. Cukup dengan parut yang tinggal sisa ini. Tak perlu luka yang bernanah. Bukan cerita cinta yang aku kaitkan. Bukan cerita kasih antara dua jiwa. Tapi kisah aku dengan kau yang tak pernah ada penghujungnya. Mungkin sebab kita tak pernah ada awalnya. Yang tidak tahu akan akar yang menjadi kan kita tegak dah tahu arah tujunya.

Kisah kita berbeza, jiwa kita TAKKAN pernah sama. Kamu masih lagi menjadi kamu yang ego, yang masih anggap aku mudah. Pergilah engkau kepada yang memerlukan engkau. Biarkan aku disini terus disini. Ya ditokok yang lama dimana masih tidak percaya pada insan seperti kamu.

Semoga aku terus kuat seperti dulu. Seperti aku tanpa kamu, DULU. Seperti aku yang tahu cara aku. Pergila engkau dengan dunia engkau. Itu terbaik.


Harapan aku agar semua impianmu tercapai satu hari nanti. Sama ada, ada aku atau dengan tiada aku.