Tuesday, April 23, 2013

Itu dia

Kadang kadang dalam hidup ni kita tak mungkin dapat apa yang kita nak, apa yang kita idamkan. Ini dunia, ini bukan syurga. Allah sebaik baik perancang. Usaha macam mana pun kita, sekeras mana pun kalau hanya seciput tu je Dia nak bagi apa salahnya kita belajar jadik orang yang bersyukur.

Luar kita mungkin nampak okay, nampak tenang tanpa resah gelisah. Hati kita Allah tau betapa ribut petir betapa kusut masai. Orang lain taktau, orang lain tak faham. Cukup la Allah tahu dan sesungguhnya Dia maha mengetahui.

Lemah itu bukan aku, mengalah juga tidak sama sekali. Bertahan selalu aku cuba. Belajar untuk bertenang apatah lagi. Tapi ujian Allah bagi tu selalu menguji semua yang aku ada. Untuk kuat aku cuba, untuk mengalah aku tetap ada. Yang aku mintak cuma satu, Allah sentiasa bagi aku kekuatan untuk teruskan hidup dengan senyuman. Dengan hati yang terbuka dengan jiwa yang lembut.

Sebab aku Siti Aishah. Aku cuba menjadi setabah Saidatina Aishah, isteri Rasulullah. Saat di fitnah, masih lagi teguh berdiri walau tanpa Muhamad disisi. Kerana baginda yakin bahawa Allah sentiasa ada.

=)



No comments: