Sunday, April 14, 2013

Bertahan

Dua minggu lagi untuk tamat praktikum. hoyeh! hoyeh! Tapi sejujurnya aku bukan la happy macam tu pun. Sejujurnya jugak aku lebih suka praktikum dari kelass oiii. Muaahahhaa~

Dua minggu sebelum banyak ajar tentang hidup. Tentang sabar, tentang sayang dan tentang tenang. Belajar dan terus belajar. Mahu aku agar satu hari nanti bila aku jadik cikgu, aku jadik cikgu yang boleh dibanggakan anak murid aku. Bukan seorang guru yang diingati murid sebab khilaf aku sebagai seorang guru.

Aku cuba anak murid, aku cuba. Cuba untuk kamu semua. 3 cerdik yang baik, semoga kamu menjadi insan yang berguna. Insan yang tidak pernah kenal erti penat, erti lelah erti untuk mengalah.

Semoga dua minggu akan datang aku terus bertahan, terus sabar, terus tenang dan terus sayang. Semoga semua dipermudahkan. Yakinlah bila kita ikhlas, semua menjadi mudah. In Sya Allah =)





Wednesday, April 10, 2013

Pincang

Pernah tak kau rasa, bila kau perlukan seseorang tu tapi dia tak pernah ada. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa, bila kau rasa sedih dan kau perlukan bahu untuk meluah tapi takda siapa yang ada. Aku pernah.
Pernah tak kau gembira, tapi taktau nak kongsi dengan siapa. Aku pernah.
Pernah tak kau rasa kau mula suka seseorang tapi dia tak pernah rasa apa yang kau rasa. Aku pernah.

Perasaan, rasa, hati bukan perkara mudah. Bukan boleh di permainkan. Jangan cuba juga untuk dijudikan. Sebaik mana kau si pemain judi pasti kau tetap akan rasa kekalahan. Yang kuat mungkin akan cuba bertahan, yang lemah iman mungkin akan terus hanyut dalam kekecewaan.

Sudah-sudahlah rasa kecewa kerana cinta. Cinta pada Rabb kita jarang untuk rebut. Cinta manusia yang jarang untuk menghargai diri sendiri juga yang kau sujud. Semoga kali ini, waktu ini saat ini perasaan ini rasa ini dan hati ini jatuh pada insan yang terakhir. Yang tahu menghargai, yang boleh membimbing dunia dan akhirat. Peneman sehidup semati, suka dan duka. Si penjaga hati.

Semoga kita ditemukan dengan keaadaan yang baik, dan semoga kita juga diakhirkan dengan akhiran yang baik. Aku mampu berdoa, itu sahaja usaha yang ada.

kepada kamu si Penjaga hati, jaga iman kamu jaga diri kamu. Semoga kita tidak pincang, semoga ia bukan meninggalkan sisa.






Wednesday, April 3, 2013

Cerita baru

Dah lama dah tak menjenguk blog ni. Khabar apa pun aku taktau. Tapi bila waktu rajin datang mula la nak tengok balik gila apa yang datang waktu rajin update blog ni dulu, hahaha.


Echa, echaa. keanak-anakkan. hahaha ayat macam aku dah besar sangat je kan. FYI, terlalu banyak entry yang aku dah delete untuk jadikan blog ini terlalu public untuk semua. biar sesuai dengan semua pembaca. Biar takda yang terasa, biar takda yang terluka.

Mulakan sesuatu yang baru. Dimana tiada rahsia antara kita. =)

loveasalways


Thursday, October 18, 2012

weehuu~

kite dah lame tak update blog. pesanan kepada pembaca baru. bace ape yg diatas je. entry bawah yg merepek jgn bukak. muahahaha, dulu saya seorang yg gatal tangan gedik dan sebagainya. ekekeke :P

jadi bagi tidak menggelikan diri anda jangan bace entry yg merepek. wahahaha :P

p/s : kemalasan untuk mendelete entry yg merepek. :D