Sama seperti aku, aku mengharapkan bila aku sedih aku perlukan seseorang dia yang datang. Tapi apa yang aku buat, aku tolak kebahagiaan yang Allah bagi pada aku. Ye, sesuatu yang tiada siapa yang faham kecuali Si Pencipta Hati.
Semoga aku terus kuat, seperti sebelum ini. Aishah yang kuat dan tak mengalah. Hati kuatlah, Hati kental lah. Hati sabarlah, kerana kebahagiaan tu datang selepas hujan yang lebat.
Sapu airmata kamu. Buang segala duka. Datang lah segala bahagia. Jadi Aishah yang dulu. Semoga pergi rasa aku terhadap kamu, kamu yang tidak pernah ada waktu aku perlukan kamu. Datang lah kekuatan itu. Terus lah mengiringi jalan aku