Tuesday, June 25, 2013

Lagi

Lagi lagi kamu, lagi lagi aku. lagi lagi rasa. aku mula bosan aku mula rimas. Aku sendiri tidak tahu mana penghujung. Mungkin penghujung dengan cara begini, mungkin penghujung dengan cara yang ada sekarang.

Yang aku harap, nanti suatu hari nanti bila aku diberi kebahagiaan yang baru, engkau tidak ada lagi disini. Engkau tidak menyebut lagi janji lama. Engkau tidak menyatakan  aku sebenarnya yang pergi. Sedang kan sekarang hati ini yang engkau robek, sedangkan sekarang tiada lagi kebahagiaan yang aku rasa.

Aku jatuh engkau tiada, aku luka engkau ketawa. Aku mula rasa hilang, dan aku ingin sekali pergi, pergi dari kamu yang sedang menjauh. menjauh dan berhenti. Berhenti untuk mencuba, mencuba bertahan. Bertahan untuk terus bersamaku.

Dari dulu lagi aku sudah bertanya pada diri sendiri. Entah mengapa hati aku kuat berkata, ya aku sayang kamu aku perlukan kamu, tetapi di sudut hati itu juga menjerit yang kamu bukan milikku. Cuma aku tidak tahu cara bagaimana untuk kamu pergi, kamu berhenti. Ya aku tahu, aku juga sudah penat. Penat untuk berada dan berdiri di belakang kamu. Penat untuk berpura untuk terus senyum. Senyum dengan hati yang terluka. Ya ini Deep. Dan memang untuk kamu.

Selamat malam Eswaiji. ini yang terakhir. Walau aku rindu.


Sunday, June 23, 2013

Perhaps

seem legitt!! wahahaa. ada gaya macam rappers tak. okay mengarut. Assalamualaikum semua.

Adakala kita rasa susah untuk tersenyum untuk sesuatu perkara yang betul betul kelakar.
Adakala jugak kita rasa mudah untuk tertawa untuk sesuatu yang tidak tahu apa sebabnya.
Itu soal rasa, rasa hati kita.
Rasa yang DIA beri pada kita.
Keizinan dari DIA.

Untuk rasa ini pada kamu, ia sentiasa ada.
Sejak pertemuan yang itu.
Dimana ada kamu aku dan rasa ini

Ya, kamu yang aneh dan rasa ini yang pelik.
Tapi aku suka rasa ini, rasa indah bila ada kamu.

Selamat malam si pemberi rasa, semoga sentiasa ada cerita kamu dan aku.


Saturday, June 22, 2013

One thing

Satu perkara yang kita takkan sedar dan kita taktau. Kita selalu mengharap pada sesuatu yang mustahil. Padahal sesuatu yang lebih membahagiakan ada di depan mata. Sifat manusia tak pernah berpuas hati dan tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada.


Sama seperti aku, aku mengharapkan bila aku sedih aku perlukan seseorang dia yang datang. Tapi apa yang aku buat, aku tolak kebahagiaan yang Allah bagi pada aku. Ye, sesuatu yang tiada siapa yang faham kecuali Si Pencipta Hati.

Semoga aku terus kuat, seperti sebelum ini. Aishah yang kuat dan tak mengalah. Hati kuatlah, Hati kental lah. Hati sabarlah, kerana kebahagiaan tu datang selepas hujan yang lebat.

Sapu airmata kamu. Buang segala duka. Datang lah segala bahagia. Jadi Aishah yang dulu. Semoga pergi rasa aku terhadap kamu, kamu yang tidak pernah ada waktu aku perlukan kamu. Datang lah kekuatan itu. Terus lah mengiringi jalan aku

Mr haze!!

Ya Allah, ujian darMU. Jerebu kat Muar makin teruk. Adek aku post gambar tunjuk jerebu. diorang cakap nak duduk dalam rumah pun tak selesa apatah lagi duduk luar rumah.

Call mama cakap sakit tekak. *utuke! doa je aku mampu. Doa je aku mampu =(. Nenek aku pun dah tak duduk luar rumah. Duduk dalam rumah ja, ouh Ujian Mu ya Allah.

Ya Rabbi, turunkanlah rahmatMU. Turunkanlah hujan. Redakan lah jerebu. Berikanlah kesihatan yang baik kepada keluargaku Ya Rabbi.  =(


                                               sungai muar pun tak nampakkk oiii